Tidak Akan Guna Sidang DUN Untuk Jelas Isu Talam – @Khalid_Ibrahim - pakdin.my

Kerajaan Selangor tidak akan menggunakan persidangan dewan undangan negeri yang bermula esok untuk menjawab isu penstrukturan hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan mengulas isu itu selepas MCA menjelaskan dakwaan mereka mengenai transaksi berjumlah RM1 bilion tersebut.

“Untuk Talam saya akan berikan senarai perbelanjaan tetapi saya tidak akan beri penerangan sehingga mereka (MCA) beri penjelasan,” katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan beliau sebelum ini untuk menyaman MCA berhubung dakwaan tersebut, Abdul Khalid berkata pihaknya menunggu kenyataan seterusnya daripada MCA berhubung isu itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selasa lepas Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong membuat kenyataan mendakwa penstrukturan hutang Talam Corporation dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

UTAMABERITATidak Akan Guna Sidang DUN Untuk Jelas Isu Talam - @Khalid_Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium