Tidak perlu suruhanjaya siasat perjalanan proses PRU13 – Ketua Pembangkang DUN Selangor - pakdin.my

dewan-dun-selangor

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baru dilantik, Datuk Shamsuddin Lias, berkata tiada keperluan bagi Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau berkata, kerajaan pakatan rakyat Selangor perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya telahpun berakhir dan sistem pilihan raya dijalankan dengan telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sepatutnya, kerajaan pakatan (rakyat) Selangor tidak perlu menubuhkan suruhanjaya ini sebab telahpun membentuk kerajaan negeri.

“Kena akur dengan keputusan pilihan raya. Mereka yang tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya perlu menggunakan saluran undang-undang yang betul seperti memfailkan petisyen di mahkamah.

“Kita ada perlembagaan dan undang-undang di negara yang memberi ruang yang secukupnya kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan PRU13.

UTAMAPOLITIKTidak perlu suruhanjaya siasat perjalanan proses PRU13 - Ketua Pembangkang DUN Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium