Tidak Sokong Guan Eng Bunuh Anjing, Anak Saudara Karpal Singh Dipecat Serta Merta - pakdin.my

Anak saudara mendiang Karpal Singh dipecat serta merta kerana tidak menyokong polisi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan dengan pembunuhan anjing liar di negeri itu.

Dalbinder Singh Gill dipecat serta merta menjadi penyumbang TMI setelah beliau secara terbuka menyokong badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantah pembunuhan secara kejam anjing liar di negeri itu.

“Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kami tidak lagi memerlukan perkhidmatan anda sebagai penyumbang untuk The Malaysian Insider berkuatkuasa serta merta.

“Tindakan anda telah mencemarkan reputasi kita. Anda juga gagal untuk mematuhi arahan untuk beberapa tugasan anda.

“Terdapat konflik kepentingan dalam perlindungan anda terhadap penyakit anjing gila yang menakutkan di Pulau Pinang seperti yang anda telah terlibat secara aktif dalam protes oleh NGO. Sebagai seorang wartawan, anda perlukan untuk kekal saksama supaya anda boleh melaporkan berita secara objektif,”kenyataan TMI dipetik.

Kenyataan TMI itu dianggap Malaysian Patriots sebagai portal yang tidak profesional kerana secara jelas menyokong satu pihak iaitu Setiausaha Agung DAP, Guan Eng.

“TMI amat melindungi dan menyokong Tokong Lim. Anda tidak boleh bekerja dengan TMI dan menulis perkara yang buruk tentang dia … atau perkhidmatan anda akan ditamatkan.

“Di manakah kebebasan akhbar? Atau sikap berkecuali daripada syarikat-syarikat/pemilik media ?,”soalnya.

Pada Ahad, sekumpulan aktivis haiwan bebas dan NGO menggesa Guan Eng menghentikan segera aktiviti membunuh anjing yang dijalankan secara meluas di negeri itu.

Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO ‘Stop Killing, Start Vaccinating‘, Joel Gurprit Singh berkata, membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila.

Beliau berkata, Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak.

Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan membawa kad board “Stop killing” (Hentikan Pembunuhan).



limguaneng-bunuh-anjing

UTAMAPOLITIKTidak Sokong Guan Eng Bunuh Anjing, Anak Saudara Karpal Singh Dipecat Serta...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium