Tiga maut, 36 cedera letupan bom di Betong - pakdin.my

bom-kereta-betong-1 bom-kereta-betong-2 bom-kereta-betong-3

Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 36 cedera termasuk tiga parah susulan letupan bom kereta di Betong, daerah komersial di selatan Thailand.

Antara mangsa adalah kanak-kanak.

Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta berkenaan meletup di depan Hotel Holiday pada jam 4 petang (waktu tempatan).

Bom itu dipercayai diletakkan dalam sebuah kenderaan di hadapan hotel yang kerap jadi tumpuan rakyat Malaysia.

Letupan berkenaan turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan.

Setakat ini belum diketahui sama ada rakyat negara ini terkorban atau cedera dalam kejadian itu.

 

 

UTAMADUNIATiga maut, 36 cedera letupan bom di Betong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium