Tiga remaja lemas di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Tiga rakan ditemukan lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Abdullah, 22, yang merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Sazwan Rahim, 27, (pelajar Universiti Sains Islam Malaysia) dan Azrul Hisyam Azman, 27, (bekas pelajar UIAM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.41 pagi dan tiba di lokasi pukul 11.36 pagi.

“Ketiga-tiga mayat itu dibawa naik oleh orang awam. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

20161003-3-lemas-lubuk-jepun-gombak

UTAMAPOLITIKTiga remaja lemas di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium