Tiga Terbunuh, Tiga Parah Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand - pakdin.my

letupan-selatan-thailand

PADANG BESAR (Thailand): Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat hiburan di Padang Besar, Songkhla, Jumaat malam.

Kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam apabila bom buatan sendiri seberat 15kg yang dipasang pada sebuah motosikal, meletup di hadapan sebuah pusat karaoke.

Kekuatan letupan bom dan serpihannya telah memusnahkan premis perniagaan, tempat kediaman dan enam buah kereta termasuk sebuah kereta warga Malaysia serta empat motosikal.

Ketua Polis Wilayah Songkhla Mej Jen Ampon Buarabporn berkata seorang mangsa yang juga pemilik kedai dikenali sebagai Nantisa Anam, 40, terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi, masing-masing berusia 30 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Songkhla Nakarin Hatyai.

Menurut saksi, Kanyarat Mongkol yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian, ketika letupan terdapat lima wanita iaitu pekerja serta pemilik pusat hiburan itu sedang duduk di hadapan premis berkenaan.

“Saya melihat, selepas letupan bom dua orang rebah di bawah meja,” katanya.

Letupan itu adalah sebahagian daripada siri serangan bom di selatan Thailand bermula malam tadi sehingga awal pagi Sabtu.

Di Sungai Golok, tujuh butir bom meletup mencederakan lapan orang dan beberapa premis perniagaan musnah.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Korn-Art Suwannakam berkata tiga butir bom meletup dari 6.51 malam hingga 7 malam waktu tempatan di pekan Sungai Golok yang menjadikan kedai makanan dan pusat karaoke sebagai sasaran.

Beliau berkata pada 12.10 tengah malam tadi waktu tempatan, empat lagi bom meletup di pekan Sungai Golok secara serentak.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh atau cedera dalam kejadian letupan itu.

UTAMADUNIATiga Terbunuh, Tiga Parah Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium