Tiga Termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah Ditahan SPRM - pakdin.my

Fakta siasatan dan tangkapan :
> Akaun bekas menteri turut disiasat
> Datuk Peter Anthony, Naib Presiden Parti Warisan.
> Norhartarty Rahmat, bekas Setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
> Yu Sin Kong, Ahli Perniagaan.
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, lapor portal Borneo Today hari ini. Beliau ditahan bersama 2 individu lain.Tiga individu termasuk seorang Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan yang dipercayai bernilai RM180 juta.
Menurut sumber, dua lagi yang ditahan ialah  seorang wanita berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah kementerian serta seorang ahli perniagaan di negeri ini yang berusia 52 tahun.
Sumber tersebut berkata, Naib Presiden Parti Warisan Sabah ditahan di pejabat SPRM negeri ketika hadir memberi keterangan pada pukul 6.40 petang ini.
“Wanita berkenaan ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8.15 malam ini manakala ahli perniagaan tersebut ditangkap di pejabat SPRM negeri pada pukul 8.45 malam.
“Wanita itu sebelum ini bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.
Ketika dihubungi, SPRM mengesahkan tangkapan itu dan berkata Naib Presiden Parti Warisan Sabah itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk tahanan reman bagi siasatan seterusnya.
Sebelum ini dilaporkan beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah yang menerima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kini presiden Warisan.
Lebih RM150 juta wang tunai dirampas selepas SPRM memulakan siasatan ke atas dakwaan penggelapan dana daripada kementerian itu.
Semalam, SPRM menyerbu 15 lokasi di Sabah dalam siasatan mereka.
UTAMABERITATiga Termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah Ditahan SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium