Tiga tunggak utama Kementerian Kewangan akan pastikan Islam dan Melayu terus kukuh dan gagah di bumi Melayu - pakdin.my

2 pegawai khas Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan adalah juga 2 Ahli Parlimen DAP yang bijak, berintegriti dan sangat menyayangi bangsa Melayu dan orang-orang Islam.

Pusat-pusat Tahfiz yang selama ini mendapat bantuan khas dari Dato Seri Najib Tun Razak pasti akan mendapat peruntukan berterusan dari Kementerian Kewangan.

Segala masalah kerosakan masjid atau Gaji Imam dan Tok Siak akan dijaga dengan baik oleh mereka. Dalam tempoh 5 tahun ini jika ada masalah, hubungi lah mereka. Nak menangis di bahu mereka juga boleh kerana sebagai negara majmuk, kita semua bersaudara.

Kontraktor-kontraktor Melayu jangan bimbang. Anda pasti lebih mudah cari makan sekarang berbanding dahulu.

NGO Melayu seperti yayasan-yayasan kebajikan terutama PERKASA boleh lah meminta peruntukan khas dari Kementerian Kewangan.

Universiti-universiti tempatan terutama UITM akan mendapat kemudahan yang istimewa dari Kementerian Kewangan. Jika pensyarah menghadapi masalah, ingat semula 9 Mei anda pangkah apa? Jika anda pangkah PH maka anda perlu gosok dada perlahan-lahan. Syukur pada Allah sekurang-kurangnya Allah nak beritahu anda walaupun anda Professor atau miliki PHD dari Harvard, anda masih tidak begitu cerdik berbanding YB Mat Isa Sabu.

Dulu anda bercerita tentang 1MDB dan RM 2.6 billion serta money trail theory sampai berselirat urat otak. Anda lah yang paling bijak kerana boleh berbahasa Inggeris slang london! Orang Melayu cukup bangga dengan anda.

Ada pensyarah universiti dan budak-budak Ansara yang tiga suku maki saya di facebook sebab saya budak Sekolah Menengah Kebangsaan dan belajar di universiti dalam negara. Mereka panggil saya ‘bitch’ sebab saya tidak sokong PH. Saya tidak faham bahasa Inggeris maklumlah belajar di sekolah Kebangsaan. Apakah maksud ‘bitch?’ ‘Bitch’ tu maksudnya peluntur fabric ke?

Kemungkinan besar golongan cerdik pandai Melayu ini cuma faham 1 + 1 = 2. Mereka adalah golongan buta kayu kerana tidak mengetahui bahawa dalam politik 1 + 1 juga boleh jadi 93! Kasihan mereka. Jika mereka baca posting saya, ingin saya ingatkan bahawa telan panadol disiang hari hukumnya batal puasa. Maka sebaiknya ambik wuduk dan solat Dhuha 2 rakaat sebab sekarang sudah pun 8.52 pagi.

Segala celah tabung wang rakyat yang selama ini dijaga oleh Menteri berbangsa Melayu kini mencipta sejarah baru apabila orang-orang Melayu mahu semua peruntukan masjid dan wang rakyat dijaga oleh menteri Cina. Orang Cina tak paksa pun. Orang Melayu yang bermurah hati undi PH di PRU14.

Berdoalah semoga Tun M panjang umur.

Semoga orang Melayu segera sembuh dari penyakit gila.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

#EmpiricalWatch

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/kementerian-kewangan
https://pakdin.my/tag/islam

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATiga tunggak utama Kementerian Kewangan akan pastikan Islam dan Melayu terus kukuh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium