Tindakan Ansari Keluar PKR ‘Perkara Biasa’ – @AzminAli #TolakPR - pakdin.my

Ansari-Abdullah-Tuaran-PKR

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan Ketua PKR Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti politik.

“Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik…akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon. Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Nasional Keadilan di sini, Sabtu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata parti perlu terlebih dahulu melalui proses rundingan yang kadangkala mengambil tempoh yang panjang sebelum membuat keputusan.

Katanya, sekiranya kata putus masih belum dicapai melalui proses rundingan tersebut, pimpinan tetap perlu membuat keputusan yang pastinya akan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu.

“Apabila keputusan dibuat, sudah tentulah ada pihak yang terima dan tak terima,” katanya.

Ansari pada Jumaat mengumumkan keluar parti melalui laman Facebook miliknya.

Beliau berkata sudah lama memasang niat untuk meninggalkan bidang politik tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut demi menjaga hati rakan seperjuangan yang memintanya tidak berbuat demikian.

UTAMAPOLITIKTindakan Ansari Keluar PKR 'Perkara Biasa' - @AzminAli #TolakPR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium