Tindakan Keras Atas Fitnah Di Media Sosial - pakdin.my

 

SocialMediaTindakan keras akan diambil terhadap pihak atau individu yang menyebarkan maklumat berbaur perkauman dan fitnah di media sosial atau khidmat pesanan ringkas SMS yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi menegaskan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 atau Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai laporan berunsur fitnah atau berbaur perkauman yang disebarkan di media sosial seperti Facebook dan SMS.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim berkata keadaan keselamatan di seluruh negeri selepas proses Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tenang dan terkawal.

UTAMAPILIHAN RAYATindakan Keras Atas Fitnah Di Media Sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium