Tindakan tegas salah guna media sosial fitnah institusi kerajaan - pakdin.my

media-sosial-peribadi

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Penyalahgunaan Media Sosial yang diadakan semalam bersetuju tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang memfitnah, menghina kedudukan dan menimbulkan kebencian terhadap institusi-institusi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak berkata, siasatan bagi kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan media sosial akan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jabatan Peguam Negara juga telah menetapkan seorang Timbalan Pendakwa Raya khusus untuk tujuan ini dan akan menggunakan undang-undang yang ada untuk membawa golongan berkenaan ke muka pengadilan,” katanya ketika berucap dalam majlis pra pelancaran Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di Universiti Limkokwing di sini hari ini.

Menurut Mohd. Salleh, mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan beliau turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

UTAMAPOLITIKTindakan tegas salah guna media sosial fitnah institusi kerajaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium