TMJ mempunyai hak menyatakan pandangan peribadinya mengenai Mahathir - pakdin.my

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan peribadinya mengenai Tun Mahathir.

Pandangan TMJ mengenai Mahathir sama seperti pandangan bapanya, Sultan Johor.

Walau bagaimanapun, penyokong Pakatan dan Mahathir tidak akan gembira dan mendakwa bahawa istana tidak seharusnya campurtangan didalam politik.

Tetapi apabila TMJ menegur pemimpin-pemimpin UMNO pada masa lalu, penyokong-penyokong Pakatan yang sama akan memuji beliau dan akan mengatakan dia tidak campur tangan dalam politik dan mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan peribadinya.

Sekarang ini, Pakatan meremehkan pandangan peribadi TMJ dan ia akan secara negatif menjejaskan Pakatan.

Satu-satunya pilihan yang boleh dilakukan oleh penyokong Pakatan dan jentera mereka adalah untuk menggerakkan jentera mereka untuk meninggalkan komen-komen negatif di status TMJ – dengan harapan untuk menggunakan komen mereka sendiri sebagai alasan bahawa pandangan TMJ tidak dapat diterima.

Mereka yang menjadi penyokong tegar Pakatan dan Mahathir tidak mencerminkan majoriti rakyat – terutamanya di Johor di mana ramai yang mendapat manfaat daripada perkembangan pesat di negeri itu dan memandang tinggi terhadap Kesultanan Johor.

Mengenai status TMJ di Facebook, sudah ada 18,000 perkongsian dan 25,000 menyukai – berbanding dengan kira-kira 12,000 komen.

Kebanyakan komen-komen ini juga akan datang dari negeri-negeri lain atau dari penyokong kuat Pakatan yang tinggal di bandar – dengan itu hanya akan meninggalkan sedikit kesan dan tidak banyak memberi gambaran sebenar mengenai sentimen di Johor terhadap komen TMJ.

Artikel MalaysiaKini yang menerbitkan semula kenyataan TMJ secara penuh juga telah menerima 15,000 perkongsian.

Orang biasanya berkongsi artikel jika mereka bersetuju dengan pandangan itu – oleh itu bilangan perkongsian yang tinggi dalam masa kurang daripada sehari akan membimbangkan Pakatan.

Oleh itu, yang terbaik yang boleh dilakukan oleh Pakatan sebagai respon kepada pendapat TMJ adalah untuk mengarahkan pengikut mereka memberikan beberapa komen negatif.

Malang untuk Pakatan, sebagaimana pilihan raya Sarawak pada tahun 2016 dan pilihan raya kecil berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan, komen media sosial dari Pakatan bukan merupakan penunjuk yang baik siapa yang akan memenangi pilihan raya.

https://pakdin.my/pandangan-ikhlas-untuk-rakyat-johor-tunku-ismail/

https://facebook.com/story.php?story_fbid=1018676494962316&id=208453185984655&__tn__=-R

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

UTAMAPILIHAN RAYATMJ mempunyai hak menyatakan pandangan peribadinya mengenai Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium