TNB kemuka tawaran bersyarat ambil alih aset tenaga Edra - pakdin.my

tnb-1mdb-edra-power

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengemukakan tawaran bersyarat untuk mengambil alih aset penjanaan tenaga Edra Global Energy Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tawaran bersyarat itu tertakluk kepada TNB memuktamadkan pengesahan proses kajian terperinci serta memuktamadkan dan melaksanakan Perjanjian Pembelian Saham.


1MDB juga perlu menyediakan maklumat lanjut mengenai operasi manakala tiada jaminan urus niaga akan dimuktamadkan memandangkan tawaran akhir tertakluk kepada penilaian bebas dan pihak ketiga.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd, berkata sebagai pembeli tunggal semua tenaga yang dijana di Malaysia, ia adalah pembeli terbaik dan paling sesuai untuk aset itu.

“Pengambilalihan kemudahan tenaga ini, yang akan memberi sumbangan besar kepada kapasiti penjanaan tenaga di Malaysia, akan menjadi penambahan penting kepada perniagaan kami berikutan ia akan terus meningkatkan aliran tunai dan pendapatan syarikat.

“Meluaskan asas penjanaan tenaga dalam dan luar negara memberi kami lebih peluang untuk pertumbuhan perolehan dan menambah nilai pemegang saham utama,” katanya.

Selain itu, TNB berkata susulan kajian terperincinya, aset penjanaan tenaga Edra amat sesuai untuk strategi pertumbuhan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Syarikat gergasi utiliti itu berkata, gabungan itu akan memastikan tenaga pada harga kompetitif dan terus stabil untuk jangka panjang kepada pelanggan domestik dan pengguna, dan membolehkannya meneruskan strategi untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran antarabangsa berikutan pertumbuhan permintaan tenaga yang semakin meningkat.

UTAMAEKONOMITNB kemuka tawaran bersyarat ambil alih aset tenaga Edra

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium