Tony Pua Digesa Beri Maklumat Lengkap Rumah Di Selangor - pakdin.my

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua, diminta memberi maklumat lengkap mengenai dakwaan beliau bahawa kerajaan negeri Selangor telah membina 23,637 rumah mampu milik berharga di bawah RM100,000 sebuah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata Tony pada persidangan Dewan Rakyat semalam memberitahu kerajaan negeri telah membina rumah mampu milik dengan jumlah itu, tetapi pada hakikatnya hanya kira-kira 1,000 unit rumah telah dibina sejak tahun 2008.

“Sekiranya apa yang diperkatakan oleh Tony itu benar, kenapa kerajaan negeri tidak membuat pengumuman mengenainya dan saya juga mahu maklumat lengkap mengenainya seperti lokasi, berapa ramai yang telah menduduki rumah yang telah siap dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Semalam, pada persidangan Dewan Rakyat Lim membidas kerajaan negeri Selangor kerana tidak membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Selain itu, Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor berkata PKNS kini dilihat lebih berminat untuk membina rumah kos tinggi berbanding rumah kos sederhana dan rendah sekaligus tidak memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki sebuah rumah di negeri itu

UTAMAPOLITIKTony Pua Digesa Beri Maklumat Lengkap Rumah Di Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium