TPPA perlu lalui proses tertentu, dijangka muktamad sepenuhnya hujung 2018 - pakdin.my

Teks penuh Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dijangka didedahkan kepada umum dalam tempoh 30 hari.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ianya juga perlu melalui proses kelulusan dan undang-undang sebelum boleh berkuatkuasa.

TOKPA LATEST TPPA

“Penggubalan akan dimuktamadkan hujung bulan Oktober. Kemudian bagi Malaysia ada analisis kos-manfaat. Bermula esok kita akan beri kedudukan terkini kepada pasukan pengkaji iaitu PriceWaterhouse Coopers dan Malaysia Institute of Strategic and International Studies (ISIS).

“Kira-kira dua minggu selepas dokumen didedah pada umum, kedua-dua pasukan kajian ini akan melengkapkan kajian mereka,” kata beliau dalam satu sidang media berkaitan TPPA di Putrajaya pada Rabu.

Beliau berkata proses membuat keputusan sama ada Malaysia akan menandatangani TPP akan mula dibuat kira-kira dua bulan selepas teks itu diwartakan.

“Keputusan akan dibuat secara undian dan perbahasan di Parlimen,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun Mustapa menambah di bawah struktur undang-undang Malaysia, keputusan sepenuhnya masih belum muktamad susulan undian Parlimen.

“Kalau pun ahli Parlimen persetujui, kita ada proses ratifikasi dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh ini, kita akan buat beberapa kajian undang-undang, sebagai contoh sekiranya ada undang-undang yang perlu dipinda dan sebagainya.

“Lepas ratifikasi barulah perjanjian ini akan berkuatkuasa. Kita jangka awal 2018,” kata beliau.

Dalam pada itu tanpa mendedahkan maklumat terperinci, Mustapa berkata negara juga telah melakukan yang terbaik dalam mempertahankan kepentingan bumiputera, syarikat milik kerajaan dan proses perolehan kerajaan dalam proses perundingan, dan beliau berpuas hati dengan kompromi yang telah dipersetujui.

UTAMAEKONOMITPPA perlu lalui proses tertentu, dijangka muktamad sepenuhnya hujung 2018

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium