Tragedi Oktober Yang  Menimpa Pakatan Pembangkang

Hari ini, hari terakhir di bulan Oktober 2017.Dalam bulan ini banyak sekali tragedi yang menimpa pakatan pembangkang yang dikenali kini sebagai Pakatan Harapan. Mungkin inilah kifarahnya bila DAP mahu bersungguh sungguh sangat mengadakan pesta arak yang dikenali sebagai Oktoberfest di bulan Oktober ini. Satu demi satu tragedi menimpa DAP-Pakatan Harapan.

Bermula dengan tragedi yang menimpa Syed Saddiq yang membuat sidang akhbar kerana tidak dapat belajar di Oxford. Akhirnya terkantoi Syed Saddiq berbohong, Universiti Oxford sendiri mengesahkan nilai biasiswa yang ditawar hanyalah RM224,000 bukanlah RM400,000 yang didakwa Syed Saddiq.

Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PPBM pula membuat laporan polis dan SPRM berhubung tuduhan sogokan yang disebut oleh Syed Saddiq. Makin ramai yang keluar PPBM kerana huru hara dan pergaduhan sesama sendiri yang berlaku. PPBM di Kuala Kangsar dan Parit lumpuh di bulan Oktober.

Bulan Oktober ini juga menyaksikan Mahathir, Pengerusi PPBM tersungkur sepenuhnya di kaki DAP. Mahathir akhirnya menjejakkan kakinya ke ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2017.

Dalam bulan Oktober juga terdedah skandal derma RM1 billion yang diberikan Mahathir kepada Kit Siang untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, menutup mulut mengenai Skandal Forex RM32 billion dan menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri. Pendedahan ini dibuat portal Malaysia Today pada 6 Oktober 2017.

Zairil Khir Johari juga letak jawatan sebagai pengurus bolasepak pasukan Pulau Pinang pada 9 Oktober 2017. Membuktikan bahawa negeri yang diperintah DAP dan PKR tidak pandai langsung menguruskan pasukan bolasepak. Azmin Ali juga letak jawatan sebagai pengurus bolasepak Selangor tahun lepas.

Di Sabah, parti proksi kepada Mahathir iaitu Warisan berdepan dengan skandal rasuah RM1.5 billion. Shafie Apdal ditahan untuk siasatan. Tragedi Oktober yang menimpa Shafie ini bakal melumpuhkan terus pembangkang di Sabah.

Tragedi paling besar menimpa DAP-Pakatan Harapan adalah kegagalan menganjurkan demo kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017. Sasar seramai 100,000 orang, tetapi yang datang hanya 4,000 orang sahaja. Hanya 4% yang hadir dan kurang sambutan dari anak muda dan orang Cina.

Bukan sahaja gagal, demo itu berakhir dengan kemarahan orang ramai. Orang marah kerana Mahathir menghina etnik Bugis sebagai “lanun”. Sampai ke hari ini, sudah hampir dua minggu, kemarahan masyarakat Bugis masih lagi membara terhadap Mahathir. Belum ada lagi permohonan maaf dibuat oleh Mahathir.

Di atas pentas yang sama, Mahathir juga berikrar mahu membuang penjawat awam yang ‘tidak sebulu” dengan DAP dan Pakatan Harapan ketika berucap dalam demo tersebut. Mahathir mahu meneruskan perjuangan DAP yang belum selesai iaitu membuang penjawat awam di Putrajaya. Demo kleptokrasi yang kemudian dibuat di Alor Setar juga gagal.

21 Oktober 2017, tragedi Oktober yang meragut nyawa orang berlaku di negeri Pulau Pinang yang diperintah DAP. Kejadian tanah runtuh menyebabkan  20 pekerja tertimbus dalam tanah di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown. Pembinaan ini diteruskan juga oleh kerajaan DAP Pulau Pinang biarpun sudah dilarang oleh Jabatan Alam Sekitar.

Kumpulan NGO, persatuan masyarakat dan orang ramai membantah cara kerajaan Guan Eng dan DAP meluluskan projek projek lereng bukit ini. Forum diadakan, Guan Eng “menikus” tidak berani datang. Wakil rakyat DAP pun hendak keluar parti kerana isu tanah runtuh ini.

Tragedi Oktober seterusnya yang menimpa pembangkang adalah di parlimen pada 27 Oktober 2017. Pembangkang terkedu dan terus tersungkur bila Bajet 2018 dibentangkan oleh Datuk Seri Najib.

Sebelas kali pembangkang kena ‘tumbukan TKO” semasa Bajet 2018 berkaitan menghina etnik Bugis, pelaburan negara China, Wan Azizah jutawan ayam, pemansuhan tol, rizab Bank Negara, pinjaman PTPTN, BR1M, tanah runtuh, lapangan terbang Pulau Pinang, laungan hidup BN dan pembangkang yang tidak konsisten.

Tragedi terakhir di bulan Oktober yang menimpa pembangkang terjadi bila Claire Brown (pembawa berita fasik) dari London gagal mengemukakan bukti di Mahkamah London mengenai fitnahnya. Rupa rupanya sumber maklumat yang selama ini diambil oleh Claire Brown untuk menulis cerita cerita persepsi dalam Sarawak Report adalah Ambiga.

Boleh percayakah maklumat dari Ambiga? Orang Malaysia sudah kenal siapa sebenarnya Ambiga. Apa benda yang Ambiga mahu perjuangkan. Inilah Ambiga yang sebenarnya, penuh dengan toksik LGBT . Baca pautan ini.

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/kerana-kejar-kuasa-soal-agama-ditolak.html#.WffqD3Zx3IU

Semalam satu lagi tragedi Oktober berlaku di Pulau Pinang, banjir kilat berlaku lagi di Bayan Baru dan Gelugor. Tanah sudah runtuh, banjir pun berlaku. Duit tebatan banjir lesap entah ke mana bersama sama dengan duit kajian terowong.

Tragedi Oktober yang menimpa pembangkang ini membuatkan rakyat melihat sendiri apa sebenarnya keupayaan yang ada pada pembangkang. Mereka gagal merangka Bajet Alternatif, mereka gagal rancang demo, tanah runtuh, banjir dan merekalah kleptokrasi sebenar bila tertangkap dalam isu rasuah.

“Tidak mahu ku ingat lagi….apa yang telah terjadi…Tragedi Oktober” lirik ini sesuai untuk pakatan pembangkang.

2 Replies to “Tragedi Oktober Yang  Menimpa Pakatan Pembangkang

Leave a Reply