Transkrip ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah

 

Transkrip penuh ucapan diĀ  ‘Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ anjuran Persatuan Alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 12 Mei 2013 di Hotel Premiera, Menara MARA, Jalan Raja Laut di sini, Ahad ini.

(Bahagian 1)

Benarkan saya bercakap yang benar. Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar. Terima kasih.

Beginilah, saya mulai dengan berkata, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu, itu adalah benar, oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak-pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu demi hendak menjaga hati dan perasaan orang Cina terpulanglah.

Tetapi bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana, orang Melayu bila dikhianati, dia membalas. Dan bila dia membalas, dendam kesumat dia tidak sudah-sudah.

Saya hanya menyeru kepada orang Melayu, untuk berjihad dan memperkasakan perlembagaan dan tidak ada sesiapa yang hendak menentangnya kerana perlembagaan itu adalah persetujuan semua masyarakat di Malaysia ini.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah, kita hapuskan istilah “Melayu”, “Cina”, “India” dan “lain-lain”… dalam otak kita sejak merdeka – Melayu, Cina, India dan lain lain.

Bila ada istilah “Melayu”, “Cina”, “India”, pertama, kita mengiktiraf; kedua, kita ikut susun atur keutamaan-keutamaan.

Adakah kita letak “lain-lain” itu secara… Siapa dia, orang Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, layakkah mereka diletak di corot? Selepas orang Melayu, Cina, India, dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain lain. Salah.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecahbelahkan, istilah perkauman ini, kita hapuskan, oleh kerana dalam perlembagaan tiada sepatah pun menyebut “Cina”, “Orang Cina”, “India”, “Orang India”, “Malaysian Chinese“, “Malaysian Indian“, tidak ada langsung.

Jadi kenapa kita boleh iktiraf? Izinkan saya menghuraikan apa yang ada, dalam perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat. Bukan kaum, bukan bangsa, empat masyarakat.

Pertama Orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa saja yang nak dibuat menurut undang-undang bagi kemajuan, baik untuk keharmonian atau kebaikan, serba-serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang.

Siapa orang asli? Mereka adalah aborigines of Semenanjung of Tanah Melayu. (Mereka) Orang asli di semenanjung Tanah Melayu ini. Mereka ini saya katakan, adalah sepupu orang Melayu.

Yang kedua ialah, yang diiktiraf dalam perlembagaan ini, Orang Asli, orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan lahir di semenanjung Melayu sebelum Merdeka.

Termasuk salah seorang daripadanya, orang Melayu yang satu lagi (ialah yang) tidak (Melayu), yang kahwin dengan yang Melayu (maka) anaknya Melayu.

Siapa dia? orang Arab kahwin Melayu, orang India kahwin Melayu, orang Cina kahwin Melayu, siapa saja kahwin orang Melayu, anak itu adalah Melayu Nusantara.

Begitu juga Bumiputera. Bumiputera Sabah adalah anak cucu kepada masyarakat di bumi Sabah. Dan Sarawak pula, begitu juga, cuma terhad kepada anak perkahwinan sesama mereka. Kahwin campur dengan bukan pribumi Sarawak, bukan diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.

Orang Asli sepupu kita, Bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita. Selain daripada itu, adalah jiran tetangga semata-mata.

Oleh kerana mereka datang menumpang dulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan dan akhirnya kita beri kerakyatan sampai kaya raya. Maka, istilah pengkhianat itu pantang larang orang Melayu.

Kedua, menurut perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini: sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Saya guna istilah “hapuskan” oleh kerana perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan. Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran? Saya katakan, zaman Inggeris itu ada government English school, sekarang patut ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. Itu saja ada sekolah.

Jadi sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang ini, sekolah jenis kebangsaan Cina, India yang ada sekarang ini, kita ubah dia kepada sekolah kerajaan. Jenis-jenis tidak ada dah, sekolah rendah dan sekolah menengah (sahaja).

Di sana, semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama. Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong bukan saja oleh orang Melayu tetapi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Yang penting, bukan sekadar betul, kita berjihad untuk memperkasakan perlembagaan. Seandainya ada sekolah-sekolah yang membantah, maka caranya ialah, dapatkan perintah mahkamah, bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembangaan.

Tentu adanya peguam di sini dan peguam itu boleh dapatkan perintah mahkamah. Di Mahkamah Persekutuan, lima panel hakim di sana, mengatakan, pertama dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India tidak ada peruntukan dalam perlembagaan.

Ā 

 

Lihat Perkara 12, ada menyatakan: This shall not prejudice the right of the federal government or the state government to establish or help in establishing Islamic schools and incur such expenditure as may be necessary.

Bagi sekolah agama Islam, perlembagaan menyatakan boleh digunakan dana negara dan negeri untuk menubuhkan sekolah itu atau membantu sesiapa saja yang menubuhkan sekolah agama, dan mengguna dana negara dan dana negeri sebanyak mana yang diperlukan, kerana itu ada dinyatakan.

Mana ada dinyatakan sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan India ini? Tidak ada kan?

Ini, kita ini baru defensif. Apa saya katakan tadi, itu defensif. Mari kita bertindak agresif lagi. Saya katakan bertindak agresif, seperti tadi saya katakan, orang Melayu bila dikhianati, dia ada backlash.