Tren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi - pakdin.my

monorail-rapidkl-4-car

Dua daripada tren monorel yang baharu buatan Malaysia yang mempunyai empat koc akan memulakan perkhidmatan pada Sabtu, menandakan era baharu dalam sejarah perkhidmatan tren Rapid KL.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata set ketiga telahpun menjalani ujian dan pentauliahan.

monorail-rapidkl-4-car-dalam

“Set keempat dijadual diserahkan menjelang akhir bulan dengan baki sembilan set akan diserahkan secara berperingkat tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain tren baharu, Rapid Rail juga telah menaik taraf semua 11 stesennya dengan memasang ciri-ciri akses universal, penyambungan platform stesen serta pembinaan sayap baharu di Stesen Bukit Bintang station.

Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali laluan monorel Rapid KL.

 

 

UTAMATren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium