TRX dan Bandar Malaysia diasing dari 1MDB - pakdin.my

mulia-group-trx

Dua pembangunan hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dipisahkan kepada syarikat persendirian sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang besarnya, RM42 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah berkata projek daerah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan Bandar Malaysia akan dijalankan sebagai entiti berasingan dengan autonomi dan akauntabiliti penuh terhadap prestasi operasi serta kewangan mereka.

“Walaupun pilihan sedang dilaksanakan berkenaan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan kekal sebagai pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia, yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelaburan pihak ketiga.

“Hasil yang diperoleh akan digunakan untuk perbelanjaan modal dan untuk mengurangkan hutang 1MDB,” kata Husni dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Husni menyampaikan pelan rasionalisasi terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu pada mesyuarat jemaah menteri pagi tadi.

Berikutan selesainya kajian strategik pada Februari, 1MDB berkata kedua-dua projek terletak di pusat bandar Kuala Lumpur akan dijalankan sebagai entiti yang berdiri sendiri tetapi menegaskan pemilikan kekal dengan Kementerian Kewangan.

Selain potensi jualan hak pembangunan tanah, projek-projek yang boleh menjalinkan usaha sama perkongsian keuntungan, tambahnya.

TRX menjadi perhatian baru-baru ini apabila mendedahkan awal bulan ini dana jemaah haji, Lembaga Tabung Haji membeli tanah 0.63 hektar pada harga RM188.5 juta.

th-properties-trx-tanah

Ketika ini, Tabung Haji masih dalam proses akhir jualan dan pembelian perjanjian dengan pembeli.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kini sedang meneliti semua dokumen1MDB, dengan laporan awal dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada bulan Jun, manakala Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan terhadap syarikat itu Selasa lepas.

UTAMAEDITORIAL1MDBTRX dan Bandar Malaysia diasing dari 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium