Tuduhan Saddiq, Hamidah Lapor SPRM - pakdin.my

Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 menyatakan kegagalan melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah boleh didakwa dan menyebabkan DENDA:
· Tidak lebih RM100,000 atau PENJARA:
· Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
*********
Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa beliau sebagai ejen UMNO.
Menurut Hamidah walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun beliau percaya tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadapnya membabitkan habuan bernilai RM5 juta yang didakwaa cuba disogokkan kepada Saddiq.
“Walaupun saya tak boleh jelaskan secara lanjut sepertimana dinasihatkan SPRM, namun saya berharap siasatan secepat mungkin dapat dibuat.
“Saya juga tidak pernah tahu mengenai wang RM5 juta itu tapi dalam kenyataan Syed Saddiq ia semacam ditujukan pada saya,” kata bekas Naib Ketua Wanita UMNO itu selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di Ipoh.
Menjelas lanjut, Hamidah berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan satu siasatan secara telus dijalankan.
“Saya mahu membersihkan nama saya dan pada masa yang sama mahu perkara benar serta adil ditegakkan pihak SPRM,” katanya.
UTAMAPOLITIKTuduhan Saddiq, Hamidah Lapor SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium