Tujuh Pemimpin UMNO Mungkin Digantung Keahlian, Digugur Jawatan – Tengku Adnan - pakdin.my

Kalau mereka ini didalam salah satu parti pakatan pembangkag, dah lama kena buang dari parti.

umno-perhimpunan

Tujuh pemimpin UMNO yang kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti mungkin berhadapan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebuah jawatankuasa khas kini sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

“Sebaik sahaja proses berjalan, kami akan menggantung keahlian mereka dan menggantung apa jua jawatan yang mereka pegang,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Menegaskan UMNO mempunyai perlembagaan dan kod etika yang harus dipatuhi setiap anggotanya, Tengku Adnan berkata: “Kami tidak boleh terima apa-apa yang karut lagi…bagi kami jika anda tidak percaya kepada perjuangan parti, anda boleh tinggalkan parti.

“Kami tidak mahu individu yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’, ‘duri dalam daging’ dalam parti, kami tidak boleh terima,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pada awal bulan ini mengumumkan UMNO sedang memantau serius tujuh pemimpin parti itu yang dikatakan melanggar disiplin parti untuk diambil tindakan.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh yang ditemui di Dewan Rakyat berkata beliau tidak mengetahui sama ada dirinya merupakan antara tujuh pemimpin yang sedang disiasat.

Bagaimanapun, katanya jawatankuasa tersebut berhak menyiasat sesiapa sahaja yang dikehendaki mereka: “Tapi setakat ini saya tidak ada dengar apa-apa pun lagi”.

UTAMAPOLITIKTujuh Pemimpin UMNO Mungkin Digantung Keahlian, Digugur Jawatan - Tengku Adnan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium