Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Nursyuhada - pakdin.my

nursyuhada-johari-maut-di-kelar

TAIPING: Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi kerana membunuh seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nor Syuhada Johari pada 2 Februari lalu.

Syarafi Abu, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu terhadap penuntut berusia 20 tahun berkenaan di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, jam 11.55 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Mac dan 17 dan 18 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karem dan Mohd Amril Johari, manakala Syarafi diwakili peguam, Datuk Naran Singh.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh suspek yang juga tinggal sekampung ketika kedua-dua mereka menaiki kereta PROTON Perdana menghala arah selatan, pada hari kejadian.

Nursyuhada-kelar-leher

Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi kerana membunuh seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nor Syuhada Johari, 20, pada 2 Februari lalu.Syarafi Abu, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan
UTAMABERITATukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Nursyuhada

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium