Tun M pernah dirujuk sebagai Hitler

Adalah ironi bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menggelar penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Goebbels Kecil’, sedangkan beliau sendiri dirujuk sebagai ‘Hitler’ semasa eranya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Malah, Salleh menambah, mereka yang pernah bekerja untuk Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri diumpamakan sebagai ketua propaganda Nazi, Joseph Goebbels.

mahathir-salleh-keruakMenteri itu berkata, Dr Mahathir digelar ‘Hitler’ kerana beliau ialah ‘pemimpin megalomania yang menuduh orang nombor duanya (ketika itu) (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melakukan liwat, sebagai alasan untuk menyingkirkannya’.

Dalam catatan terbaru dalam blog beliau hari ini, Salleh menulis apa yang dikatakan Dr. Mahathir tentang Najib adalah sepertimana yang pernah dikatakan tentang dirinya sendiri.

Dr. Mahathir, yang memimpin kerajaan selama 22 tahun, menulis dalam blognya bahawa beberapa ‘Goebbels Kecil’ ditugaskan untuk mengawal kemusnahan dan persepsi terhadap perdana menteri.

Dr. Mahathir berkata, mungkin terdapat banyak tuduhan dilemparkan terhadapnya sebagai Perdana Menteri tetapi tiada yang dibuktikan.

“Tetapi apabila ia melibatkan Najib, Mahathir berkata, PM perlu membuktikan yang beliau tidak bersalah dan meletak jawatan,” kata Salleh.

Pada 1987, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak akan meletak jawatan sekiranya beliau menang hanya dengan satu undi dalam pertandingan jawatan presiden UMNO,” kata Salleh.

“Mungkin Mahathir gagal untuk mengambil perhatian bahawa Najib menang tanpa bertanding. Jadi kenapa Najib patut dengar cakap Mahathir dan meletak jawatan?” kata Salleh.

Salleh menambah: “Mahathir bercakap bagaikan seorang yang amat bimbang. Dan beliau fikir jika anda tidak menyokong beliau dengan itu anda ialah penyangak atau telah dibeli. Mahathir seperti biasa tidak pandai menilai karakter.”

20160929-mahathir-nazi

21 Replies to “Tun M pernah dirujuk sebagai Hitler

Leave a Reply