Tunjuk perasaan bantah pembuangan pekerja di Indonesia - pakdin.my

buang pekerja Indonesia

JAKARTA – Kira-kira 10,000 pekerja Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara ini hari ini bagi membantah langkah pemberhentian kerja yang semakin kerap diambil syarikat-syarikat berikutan kelembapan ekonomi global dan kejatuhan harga komoditi yang memaksa syarikat mengurangkan pekerja mereka.

Portal Channel News Asia me-laporkan, demonstrasi juga dijangka diadakan di beberapa bandar besar lain di Jawa Barat, Jawa Timur, Sumatera Utara dan Sulawesi Selatan.

Syarikat-syarikat besar seperti Chevron Pacific Indonesia dan Ford Motor Indonesia merancang menutup kilang mereka di negara ini.

Langkah itu sebelum ini turut diambil gergasi elektronik Jepun, Panasonic dan Toshiba yang memberhentikan kira-kira 900 orang pekerja berikutan peningkatan persaingan dalam industri tersebut.

Bagaimanapun, kesatuan sekerja mendakwa jumlah itu lebih tinggi iaitu kira-kira 2,000 orang.

Pemimpin kesatuan sekerja Indonesia dalam pada itu mendakwa, lebih ramai rakyat Indonesia akan kehilangan pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan lagi ketika syarikat berterusan mengecilkan operasi mereka ekoran permintaan global semakin berkurangan.

Kata kesatuan itu lagi, mereka akan membincangkan pampasan bagi pekerja terlibat yang biasanya lebih tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini.

“Perkara ini juga menjadi sebab mengapa kebanyakan syarikat asing teragak-agak membuka operasi di Indonesia,’’ kata kesatuan itu.

UTAMADUNIATunjuk perasaan bantah pembuangan pekerja di Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium