Ujian DNA Sahkan Mayat Kevin Morais - pakdin.my

Mayat Kevin Morais

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor pada Rabu lalu mengesahkan ia adalah Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

Pada Jumaat, adik mendiang, Datuk Richard Morais dan abangnya, David menjalani ujian DNA di Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur.

Mayat mendiang Kevin Morais ditemui disumbatkan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

UTAMABERITAUjian DNA Sahkan Mayat Kevin Morais

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium