UMNO lebih selamat tanpa parasit. Jangan "susui kera di hutan" – Veteran UMNO - pakdin.my

UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO. –

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat. “Tindakan itu sekali gus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu. “Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada ahli yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.

Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini. “Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?. “Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik,” kata Mustapha. Beliau berkata, UMNO lebih selamat dengan keluarnya ‘golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti’, kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi.

 20161003-Veteran-UMNO-Datuk-Mustapha-Yaakub

UTAMAPOLITIKUMNO lebih selamat tanpa parasit. Jangan "susui kera di hutan" - Veteran...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium