[VIDEO] UMNO PERLU PUNYA MOTIVASI BERJUANG SEBAGAI PARTI MEMIMPIN NEGARA – NAJIB

UMNO mesti dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai motivasi yang kuat untuk terus berjuang sebagai parti yang memimpin negara, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menggariskan kepentingan dan fokus menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, rakyat akan menilai parti dari sudut kebersamaan dan penyatuan dan pada masa sama, terus prihatin kepada nasib mereka khasnya golongan Melayu, Islam dan bumiputera.

“Maknanya kita mesti tunjuk perpaduan kita, jangan bercakaran, sebab keyakinan rakyat melihat kepada parti politik yang bersatu. Oleh itu, penyatuan kita penting,” katanya pada program Soal Jawab Khas sempena PAU 2016 malam tadi.

“Bagi menjaga sebuah parti, apa yang kita kata (berucap), walaupun kita ini pemimpin bahagian UMNO, rakyat akan nilai sebagai jaminan kepada parti dan nampak sebagai sebuah parti yang prihatin kepada soal rakyat.

“Jadi, apabila kita bincang dalam PAU 2016, ia bukan untuk kita tapi apa UMNO hendak dan boleh lakukan untuk rakyat dan negara. Ini termasuk apa kebaikan yang boleh kita curahkan. Inilah yang saya inginkan, parti yang berjuang untuk rakyat dan negara,” katanya.

Menyentuh mengenai cabaran dihadapi UMNO untuk terus diberi mandat dan memerintah negara, Najib berkata, parti perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat dengan menggunakan platform yang betul.

Beliau turut menekankan bahawa untuk mencapai objektif tersebut, UMNO perlu bersikap inklusif dengan tidak hanya memberi perhatian kepada penyokong tegar dan mengabaikan kumpulan-kumpulan lain.

“Saya lihat risalah, perutusan UMNO ini, kita perlu wahana yang lebih sesuai untuk terangkan kepada rakyat. Sebab terlalu banyak media sosial yang memberi maklumat salah, pembohongan, separuh benar separuh tidak, jadi rakyat keliru, tertipu.

“Oleh itu, kita perlu hebatkan usaha kita dengan menggunakan pelbagai kaedah dan saluran supaya cerita positif dan cerita baik ini sampai kepada pengetahuan rakyat,” katanya.

Najib turut meluahkan dilemanya apabila berucap pada PAU sebagai Presiden parti atau Perdana Menteri.

“Orang mesti faham ini PAU, bukan ucapan bajet, ucapan Ambang Merdeka dan sebagainya. Ini ucapan sebagai Presiden UMNO. Sebab itu saya mempunyai khalayak anggota UMNO. Jadi, orang Melayu, Bumiputera kena faham.

“Saya pun kena faham sebab saya pegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Maka saya tidak boleh singgung bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Keutamaan kita adalah soal UMNO, Islam dan agenda Bumiputera.

“Ini tidak bererti kita tidak peduli langsung hak dan kepentingan orang lain. Ini adalah PAU,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan bermula esok sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

20161006-perhimpunan-agong-umno

38
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Syaficca Ficca
Guest

Syaficca Ficca liked this on Facebook.

Abdul Mohd Basyirun
Guest

Abdul Mohd Basyirun liked this on Facebook.

Sima Salim
Guest

Sima Salim liked this on Facebook.

Mohd Yusmiza
Guest

Mohd Yusmiza liked this on Facebook.

Din Tenang Kg
Guest

Din Tenang Kg liked this on Facebook.

Tajul Ariff
Guest

Tajul Ariff liked this on Facebook.

Khaharuddin Bin Adam
Guest

Khaharuddin Bin Adam liked this on Facebook.

Marzuki Omar
Guest

Marzuki Omar liked this on Facebook.

Araz Caliph
Guest

Araz Caliph liked this on Facebook.

Sadali Sahat
Guest

Sadali Sahat liked this on Facebook.