Undi Tipis Menang Juga – Mat Sabu - pakdin.my

Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.

“Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.

“Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

UTAMAPOLITIKUndi Tipis Menang Juga - Mat Sabu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium