Dewan Rakyat Luluskan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen - pakdin.my

Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mengkaji mengenaipenambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Usul berkenaan yang dikemukakan mengikut peraturan mesyuarat 81(1) dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan tugas dalam tempoh enam bulan seperti yang ditetapkan.

Menurut beliau, keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan berada di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Kita tidak boleh memberi jaminan bahawa pilihan raya tak akan diadakan dalam tempoh jawatankuasa ini sedang bersidang,” katanya pada sesi pergulungan di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan pembangkang pada sesi perbahasan usul mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar memberi jaminan agar tidak mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, Perdana Menteri seharusnya menunggu cadangan yang bakal dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai bukti kerajaan bersungguh-sungguh mahu melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya sedia ada.

“Amat penting untuk Perdana Menteri tunggu sehingga jawatankuasa ini selesai jalankan tanggungjawab mereka.

“Lebih penting sekiranya jawatankuasa itu memberikan cadangan tertentu, kerajaan perlu melaksanakan penambahbaikan tersebut sebelum pilihan raya diadakan,” katanya.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai sembilan wakil rakyat dengan lima daripadanya diwakili ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pembangkang (tiga) dan bebas (satu).

Azmin antara wakil pembangkang J/K Pilihan Khas Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan Azmin Ali (PKR), Anthony Loke (DAP) dan Dr. Hatta Ramli (Pas) akan menjadi wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Pilihan raya

UTAMABERITADewan Rakyat Luluskan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium