Veteran UMNO buat laporan polis terhadap bekas pegawai ATM #OpsDaulat - pakdin.my

Imran Abdul Hamid
Imran Abdul Hamid

KOTA BHARU 12 Mac – Veteran UMNO Kelantan (Veteran UMNO) hari ini membuat satu laporan polis terhadap bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid yang mendakwa pencerobohan di Sabah sebagai satu sandiwara seperti disiarkan sebuah akhbar propembangkang bulan lalu.

Laporan tersebut dibuat Pengerusinya, Said Abdullah pada pukul 12 tengah hari

ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini bersama 10 ahli pertubuhan

itu.

Mohamad Rozali ketika ditemui selepas itu berkata, kenyataan Imran itu adalah satu tuduhan melampau yang tidak sepatutnya dibuat oleh seseorang yang pernah berkhidmat dengan kerajaan.

“Hai laksamana, pandai-pandailah kalau bercakap. Kalau mahu bercakap politik, politiklah tetapi jangan bercakap seperti orang gila sampai apa yang berlaku itu dikatakan satu sandiwara.

“Lapan anggota polis kita sudah terkorban dan ramai lagi yang berjuang di

sana, jangan katakan ini sandiwara sebaliknya bersama-sama kita menyokong

usaha kerajaan menentang pengganas Sulu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

UTAMABERITASABAHVeteran UMNO buat laporan polis terhadap bekas pegawai ATM #OpsDaulat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium