[Video] 2 Disyaki Anggota Militan Ditahan Di Sandakan, Sabah


https://youtu.be/SA-QEiZXJHI

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lelaki disyaki anggota kumpulan militan ditahan berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan, hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Khas PDRM dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber Bukit Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek, namun PDRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan terbabit.

Gambar serta video tangkapan kedua-dua suspek turut tersebar di laman sosial.

Berdasarkan video yang tersebar, ketika tangkapan sepasukan polis menutup muka dan lengkap bersenjata berkawal di sekitar lokasi terbabit sehingga menggemparkan orang awam ramai.

Leave a Reply