Video: Anggota Polis Patah Kedua Belah Kaki Terbabit Kemalangan Payung Terjun - pakdin.my

Anggota Polis Terbabit Kemalangan Payung Terjun

Seorang anggota polis yang sedang melakukan latihan payung terjun, patah kedua-dua belah kakinya apabila gagal mendarat dengan sempurna ketika melakukan terjunan.

Mangsa, Koperal Mohd Faizi Rashid dikatakan hilang kawalan sebelum terhempas.

Kejadian berlaku di Padang Tekah, Asam Kumbang, Taiping, kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu lalu.

Detik-detik cemas kejadian itu berjaya dirakam oleh orang awam yang turut berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya lagi, siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berpunca dari masalah teknikal selain perubahan cuaca.

Mangsa yang bertugas di cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kini ditempatkan di Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

Keadaannya dilaporkan stabil.

UTAMABERITAVideo: Anggota Polis Patah Kedua Belah Kaki Terbabit Kemalangan Payung Terjun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium