[Video] Khazanah Memperoleh US$1 Bilion Daripada Pelaburan Dalam Penyenaraian Alibaba Group Holding Ltd Di Amerika Syarikat. - pakdin.my


https://youtu.be/Zcwc6XU_cSI
Khazanah mendapat keuntungan berbilion dalam pelaburan di Amerika Syarikat dalam penyenaraian Alibaba beberapa tahun yang lalu.

Khazanah menjual sebahagian daripada pelaburan itu untuk mendapatkan semula pelaburan awal mereka dan masih memegang saham besar. Saham Alibaba telah diniagakan dengan baik baru-baru ini.

Dengan perolehan kewangan tersebut, Khazanah membuka pejabat di Silicon Valley untuk mendapatkan lebih banyak peluang pelaburan teknologi.

INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH PERDANA MENTERI NAJIB, KHAZANAH MELABUR DI AMERIKA SYARIKAT KETIKA BELIAU BERTEMU DENGAN DONALD TRUMP.

******

Pada akhir tahun 2008 selepas Perdana Menteri Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Khazanah membuka pejabat di Beijing, China bagi mencari sumber untuk pelaburan.

Pada tahun 2012, Ringgit merupakan yang paling kuat berbanding US$ selama satu dekad. Pada masa itu US$1 = RM3.00

Pada tahun itu, dana berdaulat Malaysia, Khazanah Nasional adalah sebahagian daripada sekumpulan pelabur yang mengambil alih 3.9% kepelbagaian saham dalam sebuah syarikat China yang dikenali ramai Alibaba – peluang yang diperolehi dari pejabat di Beijing.

Pada masa itu, Khazanah mengepam dana sebanyak US$400milion ke dalam Alibaba atau kira-kira RM1.3b

AliBaba disenaraikan di Amerika Syarikat tahun 2014 dan merupakan senaraian awam (IPO) terbesar dan paling berjaya di dunia untuk tahun tersebut dan harga saham melonjak.

Hari ini, Khazanah mengumumkan bahawa penilaian pelaburan awal mereka kini bernilai RM3.9 bilion – dari kenaikan harga dan keuntungan forex.

Boleh tahan. RM1.3 bilion menjadi RM5.2 bilion dalam masa dua tahun – 450% lebih tinggi dengan keuntungan RM3.9bilion.

Khazanah telah menjual 43% daripada pegangan ini untuk kira-kira RM2.2b dan telah mendapat kembali sepenuhnya pelaburan asal RM1.3b dan membuat keuntungan sebanyak RM900 juta dan masih memegang 57% pegangan mereka atau 0.34% saham dalam Alibaba bernilai kira-kira RM3 bilion.

Ini menyumbang kepada Khazanah yang mencatatkan kenaikan 7.7% dalam nilai aset pada 2014 daripada RM135.1 bilion pada tahun 2013 kepada RM145.6 bilion – keuntungan RM10.5 bilion dalam satu tahun.

Perdana Menteril Najib Razak boleh menyusun semula bajet negara untuk 2015, menurut laporan media tempatan.

Yang mana, Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar berkata “Khazanah bersedia untuk berbuat lebih banyak jika negara memerlukan kita, dalam parameter kita,”

Syabas Khazanah!

*****

Rujukan:

“PRIME MINISTER RAZAK:  And thirdly, our sovereign fund, Khazanah, they have an office in Silicon Valley.  They have invested about $400 million, in terms of high-tech companies, and they intend to increase that investment as well.”

https://pakdin.my/video-pernyataan-oleh-presiden-trump-dan-perdana-menteri-najib-abdul-razak-perdana-menteri-malaysia-sebelum-mesyuarat-bilateral/

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/09/18/Khazanah-to-gain-from-investment-in-Alibaba/?style=biz

———-

http://in.reuters.com/article/2015/01/14/malaysia-khazanah-idINL3N0UT3SI20150114

———-

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/01/15/Khazanah-net-worth-increases-by-RM93bil-Investments-in-telcos-TNB-healthcare-and-Alibaba-hit-pay-dir/?style=biz

———-

http://www.khazanah.com.my/Media-Downloads/News-Press-Releases/2015/Khazanah-announces-CEO-designate-of-MAS-NewCo-(2)?lang=ms-my

UTAMAEKONOMI Khazanah Memperoleh US$1 Bilion Daripada Pelaburan Dalam Penyenaraian Alibaba Group Holding...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium