Video: Lima cedera kebakaran kecil di Masjidil Haram - pakdin.my

kebakaran-kecil-masjidil-haram

MAKKAH: Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam satu kebakaran kecil di Masjidil Haram, Arab Saudi awal pagi Isnin, lapor media tempatan.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan itu berpunca daripada litar pintas membabitkan bahagian bumbung di Haram Sharif.

 

 

Api bagaimanapun dapat dikawal tidak lama kemudian.

Mereka yang cedera terdiri daripada pekerja binaan, kakitangan awam dan pengawal keselamatan.

Berikutan kebakaran berlaku di kawasan bumbung masjid, tidak ada jemaah yang dilaporkan cedera.

Sejak dua minggu lalu, dianggarkan lebih 14 juta jemaah berada di bandar raya ini untuk menunaikan umrah Ramadan.

 

UTAMADUNIAVideo: Lima cedera kebakaran kecil di Masjidil Haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium