[Video] Mahathir Terkedu Pengasas PRIBUMI Keluar Parti - pakdin.my


https://youtu.be/5sylfHJfxyo

Akibat terkedu dengan tindakan pengasas parti Kamarulazman meletakkan jawatan dan keluar dari parti, Mahathir mengeluarkan kenyataan yang mengarut.

Kamarulazman keluar parti bukan kerana tidak “Kroni dia tak pilih dia kot,” seperti kenyataan Mahathir kerana beliau memegang jawatan penting dalam parti sebagai setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan Kamarulazman ketika sidang media:

“Saya bimbang melihat bagaimana jawatan perdana menteri itu sangat penting bagi sesetengah pihak sedangkan saya lebih berminat membela nasib rakyat,” katanya.

“Saya juga mula bimbang dengan tindak tanduk segelintir dalam kalangan ahli yang sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan fakta yang tidak sahih dan bersandarkan fitnah yang tidak logik akal.”

**************
PPBM terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, kata bekas pemimpin

Pengasas bersama PPBM Kamarulazman Habibur Rahman berkata sesetengah pemimpin parti sanggup berbuat apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Sesetengah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlalu pentingkan jawatan perdana menteri, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menggulingkan kerajaan.

Begitu kebimbangan bekas ahli majlis tertinggi parti, Kamarulazman Habibur Rahman, yang mengumumkan peletakan jawatan dan keahlian parti hari ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 7 pengasas PPBM, dan antara terawal memimpin Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), iaitu kumpulan penentang presiden dalam Umno.

“Saya bimbang melihat bagaimana jawatan perdana menteri itu sangat penting bagi sesetengah pihak sedangkan saya lebih berminat membela nasib rakyat,” katanya pada sidang media di Hotel Sunway Putra hari ini.

“Saya juga mula bimbang dengan tindak tanduk segelintir dalam kalangan ahli yang sanggup melakukan apa saja demi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan fakta yang tidak sahih dan bersandarkan fitnah yang tidak logik akal.

“Ini amat membimbangkan kerana apabila kerajaan itu lemah, ia melibatkan juga kekuatan ekonomi negara….Kita tidak boleh sama sekali sabotaj negara kerana ia melibatkan kehidupan jutaan rakyat.”

Dengan pengumuman itu, Kamarulazman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan.

Beliau berkata PPBM sudah menyimpang dari perjuangan asal, kerana nampaknya misi utama parti kini hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan mendapatkan kedudukan untuk rakan-rakan.

Kamarulazman juga tidak percaya ahli PPBM akan dipilih sebagai perdana menteri walaupun pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

“Adakah seorang pemimpin daripada parti yang baru menjadi sahabat Pakatan Harapan dan memenangi kerusi yang sedikit akan diangkat untuk menjadi perdana menteri?

“Mustahil.”

PPBM secara rasmi menjadi komponen ke-4 PH bulan lepas.

Kamarulazman mendakwa rakan-rakan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir sibuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti, sementara Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh juga mempunyai agenda tersendiri.

Satu perkara yang menyatukan mereka, tambah Kamarulazman, adalah mereka lebih memikirkan rakan-rakan daripada parti dan kepentingan masyarakat.

Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dibentuknya bersama pengasas lain, selepas memikirkannya sejak beberapa bulan lepas.

“Saya mahu fokus mendidik masyarakat, terutamanya keadaan politik negara.

“Saya mahu melihat hala tuju negara dibincangkan, untuk memastukan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Kamarulazman bimbang masa depan negara apabila PPBM berjaya membentuk kerajaan nanti.

“Ini yang saya bimbangkan.

“Saya tidak menyertai politik untuk kepentingan peribadi atau mendapatkan kekayaan dan kedudukan. Sebagai seorang guru, saya memperjuangkan kehidupan rakyat dan masa depan negara.”

**************
Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/20/mungkin-kerana-kroni-dr-m-sindir-kamarulazman/

 

UTAMAPOLITIK Mahathir Terkedu Pengasas PRIBUMI Keluar Parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium