[Video] Peguam Azeez Rahim serah writ saman kepada Lim Guan Eng - pakdin.my


Lihat video:
https://youtu.be/Da8Qdg6XZ-8

Peguam mewakili Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuhraya.

Peguam Datuk Seri Jaharberdeen Mohamed Yunoos menyerahkan notis berkenaan di Pejabat Ketua Menteri di KOMTAR, George Town kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut Datuk Seri Jaharberdeen, pihaknya sudah memfailkan kes saman fitnah berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Guan Eng mempunyai tempoh sehingga 14 hari untuk masukkan kehadiran sekiranya beliau ingin membela diri.

Katanya, saman itu berkaitan tuduhan Guan Eng terhadap Datuk Seri Azeez yang dibuat pada 28 Februari pada sidang media di KOMTAR dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Katanya, tuduhan itu memberi kesan dan implikasi buruk terhadap reputasi Datuk Seri Azeez sebagai ahli parlimen dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Pengurusan kes ditetapkan pada 9 April.

Minggu lalu, Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Datuk Seri Azeez dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu enggan memohon maaf dan mencabar Datuk Seri Azeez meneruskan saman berkenaan.


Rujukan:
https://pakdin.my/video-lim-guan-eng-fitnah-azeez-rahim-dan-sprm/

https://pakdin.my/zenith-sudah-mohon-maaf-azeez-bakal-saman-pemimpin-pembangkang/

https://pakdin.my/zenith-mohon-maaf-kepada-azeez-rahim/

UTAMABERITA Peguam Azeez Rahim serah writ saman kepada Lim Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium