Video: Pemandu Bas Parah Rempuh Gajah - pakdin.my

https://www.youtube.com/watch?v=3TLJT0do8ZI

BANGKOK: Seorang pemandu bas persiaran cedera parah apabila melanggar seekor gajah yang berkeliaran di kawasan lebuh raya yang menghubungkan ibu negara Thailand ke wilayah Chiang Mai pada Jumaat malam.

Bagaimanapun kesemua 25 penumpang bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian berkenaan berlaku di daerah Hang Chat dan sempat dirakamkan oleh seorang pengguna lalu lintas yang memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada gajah jantan tersebut.

Beberapa pemandu sempat mengelak daripada melanggar gajah berkenaan tetapi bas yang dipandu laju oleh Narit Jittrong, 45, gagal mengelak haiwan tersebut, sebaliknya merempuh dan mengheret mamalia berkenaan hampir 100 meter.

Rakaman video berkenaan kemudiannya menunjukkan gajah itu mati dalam keadaan tersepit di bawah tayar kanan bas tersebut manakala Jittrong mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Pasukan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa sebelum membawanya ke hospital berhampiran.

Timbalan Ketua Unit Siasatan Hang Chat, Virot Saeng-iem berkata, siasatan mendapati gajah itu terlepas dari kandangnya dan tersesat masuk di kawasan lebuh raya.

“Bas berkenaan sedang menyusuri bukit Khun Tan pada waktu kejadian dan pemandunya tidak nampak gajah itu akibat pemandangan gelap.

“Gajah itu pernah terlepas pada 8 September lalu dan ditemukan mencari makanan di kawasan hutan berdekatan lebuh raya Khun Tan,” ujarnya.

20161002-bas-langgar-gajah-bangkok

UTAMADUNIAVideo: Pemandu Bas Parah Rempuh Gajah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium