[Video] Pendidik yang sakit, tiada kesopanan dan kesusilaan

Hasil dari terpengaruh dengan fitnah oleh #Mahazalim #Mahafiraun

Saya menonton video sebuah sekolah (khabarnya, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka) menurunkan gambar Perdana Menteri Malaysia Keenam, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, dengan cara melempar ke bawah di hadapan pelajar-pelajar sekolah yang kemudiannya bersorak gembira.

Maka saya tertanya-tanya apakah ini ajaran Islam dan budaya Melayu? Tidak adakah sedikit pun perasaan kasihan dan budi bahasa kepada seorang Perdana Menteri yang menaikkan gaji guru, menghapuskan yuran sekolah, membenarkan semua pelajar menggunakan perkhidmatan skim pinjaman buku teks, meneruskan skim bantuan makanan tambahan dan memberi bantuan persekolahan RM100 setahun untuk pelajar miskin.

Budaya apa yang sedang kita terapkan di sekolah-sekolah kita? Guru jenis apa yang berkelakuan demikian? Akhirnya, kerajaan jenis apa yang kita sedang gantikan ini?

Lihat video:

https://youtu.be/cNACtQ8KUDU


Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216410256349352&id=1244194023

67 Replies to “[Video] Pendidik yang sakit, tiada kesopanan dan kesusilaan

  1. Bersangka baik mungkin cikgu ni pesakit mental yang hanya menunggu masa untuk masuk wad org gila. Zaman saya dulu semua guru punya rasa hormat pada pemimpin, maksudnya pemimpin yang sedang berkuasa lagilah dihormati dan yang tak berkuasa pun mereka tetap hormat, itu di sekolah luar sekolah hal mereka sendiri tu. Bayangakan kalau kami cuba berkata yang tidak baik mengenai pemimpin mereka akan tegur, kalau misal kami menghina pembangkang pun tetap kena tegur. Zaman sekarang dah lain depan depan murid hina pemimpin dan libatkan cerita politik hari ini anak murid tu hina bekas pm lepas ni berani pula hina pm yang sekarang maka tak heranlah kepala dan rasa hormat murid pada cikgu tu langsung tidak ada.

  2. mmg zalim & cetek pemikiran nya akan tetapi sy sarankan supaya penyokong DS Najib & Umno jgn lh bertindak melulu saperti yg di kehendaki olih Kerajaan skrg. Mungkin mereka mahu rakyat yg simpati pd D.S.Najib membuat onah2 yg tdk baik supaya senang untuk mereka “mengecap” penyokong tlh membuat “kacau bilau” & mudah untuk istiharkan “darurat” saperti tlh dilakukan puluhan tahun dahulu sewaktu pernahanan D.S. Anwar. Fikir2kan lah & diharap memahami maksud sy.