Video: Penjual Nasi Lemak Anak Dara Di Bela, Krisis Air Yang Menyusahkan Rakyat Azmin Hilang

Mengapa ‘double standard’?

Kedua-dua kejadian menjadi viral sejak beberapa hari lepas.

Anak dara bermasalah kerana melanggar akta PBT Azmin pergi jumpa dan bantu.

Seluruh keluarga makcik yang menghadapi masalah air sejak 2013 bukan kerana kesalahan mereka tapi kesalahan pengurusan air Selangor tidak diambil peduli.

Isu terbaru adalah air di Semenyih mulanya dikatakan kerana pencemaran toksik dan sampai sekarang masih berlaku gangguan air.

Dia tidak melanggar undang-undang tetapi Azmin tidak mahu berjumpa dengannya.

Adakah ini bermakna kita perlu melanggar undang-undang baru Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan datang menyelesaikan masalah dengan segera?

Tidak perlulah Menteri Besar secara peribadi menyampaikan borang permohonan lesen kepada peniaga yang berniaga tanpa lesen sah. Dia boleh memuat turun atau pergi mendapatkan borang permohonan dari kaunter.

Atau jika perlu, pegawai berkaitan boleh menghantar borang kepada peniaga tanpa lesen sah.

https://selangorkini.my/2016/09/mb-temui-gadis-nasi-lemak-beri-sokongan-nasihat-berniaga-secara-sah/

20160930-azmin-nasi-lemak

176 Replies to “Video: Penjual Nasi Lemak Anak Dara Di Bela, Krisis Air Yang Menyusahkan Rakyat Azmin Hilang

Leave a Reply