[Video] Pergaduhan Di Restoran Nasi Kandar Terkenal - pakdin.my


https://youtu.be/https://youtu.be/c3rs0juHzQM

Jika semalam berlakunya kejadian sebuah kenderaan merempuh ke dalam restoran nasi kandar kejadian terbaru pula menyaksikan dua klip video tular di media sosial, membabitkan satu pergaduhan besar di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Taman Chai Leng Di Prai, Pulau Pinang.

Rakaman CCTV berdurasi dua minit itu menunjukkan pergelutan antara dua kumpulan yang duduk bertentangan di kedai makan berkenaan.

Insiden berkenaan bermula dengan pertengkaran kecil sebelum ada di antara mereka yang mula membaling objek.

Kekecohan itu turut menyebabkan satu keluarga yang sedang makan bertempiaran lari.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

UTAMABERITA Pergaduhan Di Restoran Nasi Kandar Terkenal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium