[VIDEO] PKR MENGAKU RAMAI ORANG KAYA DALAM PARTI ITU

Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini berkata isu rumah mewah miliknya tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan fenomena biasa ketika ini.

Adam ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pihak media hari ini menjelaskan adalah perkara biasa untuk seorang anak muda seperti beliau mempunyai rumah mewah seperti itu.

“Kenapa nak pertikaikan umur (saya) 28 tahun kaya?

“Saya nak maklumkan hari ini seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda di Malaysia yang kaya sekarang ini,” katanya.

Paling menarik, Adam turut menegaskan rumah bernilai RM1 juta yang dibelinya itu sebenarnya sangat murah.

“Saya bida dalam bank RM1 juta, bukannya RM7 juta. Bank jual rumah terbengkalai, reka bentuk rumah itu kekal sama. Bukan saya yang reka nak duduk rumah dalam Disneyland.

“Kalau tuan-tuan berada di Ampang dengan rumah di Ampang harga RM1juta sejuta (itu) sangat murah,” katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.

Kenyataan Adam itu secara tidak langsung menafikan dakwaan yang dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini kononnya ramai anak muda tidak mampu untuk membeli rumah mampu milik.

Dalam erti kata lain, kenyataan Wan Azizah berhubung ‘rumah mampu tengok’ (kerana anak muda tidak mampu beli rumah murah) hanyalah retorik politik semata-mata.

Buktikan ramai anak muda yang telah berjaya menjadi kaya dan mampu membeli rumah sejurus selepas menyertai PKR.

20161116-adam-rosly-pkr-parti-orang-kaya

100 Responses

Leave a Reply