[video] SAYA AKAN DEDAH ‘SESUATU’ JIKA PEMIMPIN PARTI CAP BUNGA [PPBM] SERANG SAYA – KHAIRUDDIN

(AIDC News) – Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan akan mendedahkan sesuatu berkenaan PPBM jika pemimpin PPBM akan menyerang beliau berhubung tindakannya keluar parti.

“Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam.

“Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar,” kata Khairuddin kepada Antarapos.

Dua hari lepas, Khairuddin sekali lagi mencipta rekod apabila mengumumkan keluar parti yang disertainya dua bulan lalu berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya sama ada tindakannya melangkah kaki keluar daripada parti tersebut dipengaruhi oleh konflik dalaman PPBM, Khairuddin berkata isu krisis dalaman parti adalah perkara biasa dalam mana-mana parti.

“Dalam mana-mana pertubuhan politik, perkara ini (perpecahan) normal. Benda ini akan berlaku. Tidak siapa boleh nafi perkara ini boleh berlaku. Dan sebab itulah saya nasihat, dalam PPBM ini jangan ada berpuak-puak.

“Kalau mereka berpuak-puak, ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin, ada puak Mukhriz, parti akan lingkup. Akhirnya masing-masing akan jaga kepentingan (puak) masing-masing,” katanya.

20161027-khairuddin-pribumi-cap-bunga

56 Responses

Leave a Reply