MH17: Video terbaharu dedah punca nahas

 Satu video terbaharu yang mendedahkan situasi sejurus pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas, selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai tahun lepas, menyebabkan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyifatkan tragedi itu bukan satu kemalangan.

Laman web akhbar Huffington Post melaporkan, video yang disiarkan oleh agensi berita News Corp Australia itu menunjukkan saat pemberontak Ukraine yang disokong Rusia menyedari pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan pesawat komersial.

Anggota pemberontak pro-Rusia itu dilihat memeriksa serpihan pesawat tersebut sebelum menyelongkar barang-barang milik mangsa.

mh17-barang-penumpang

Seorang pemberontak juga dilihat terkejut apabila menyedari satu tanda nama beg karung tertera nama Australia.

Rakaman video itu turut menunjukkan mayat mangsa di kawasan kejadian, selain bangkai burung tropika untuk dibawa ke Malaysia.

Anggota-anggota pemberontak pro-Rusia itu kedengaran bertanya antara satu sama lain, sama ada sebuah atau dua pesawat telah ditembak jatuh.

Mereka juga cuba mencari alat perakam data penerbangan atau kotak hitam, selain membincangkan khabar angin juruterbang dilihat merangkak keluar dari pesawat selepas kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Abbott berkata, video itu menunjukkan fakta bahawa kejadian itu merupakan satu perbuatan kejam dan bukan satu kemalangan.

“Mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka tembak merupakan sebuah pesawat awam, tetapi mereka sengaja menembak ke arah sebuah pesawat besar,’’ katanya kepada saluran berita ABC.

Dalam pada itu, koresponden BBC, Jon Donnison mendakwa video tersebut bukan video terbaharu kerana BBC pernah menyiarkan rakaman video terbabit pada tahun lepas, lapor akhbar The Guardian.

“Tidak sabar, menunggu satu permohonan maaf,’’ katanya dalam akaun Twitternya.

Leave a Reply