VIRAL: BAPA NAFI ANAK NAK BERHENTI BELAJAR DI UITM - pakdin.my

KOTA BHARU: Bapa kepada pelajar perubatan tahun satu Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan anaknya tidak mahu meneruskan pengajian kerana kemiskinan keluarga. Roslan Abu Bakar, 53, berkata anaknya, Ira Nabila, 19, masih meneruskan pengajian, malah sudah mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Itu cerita lama (nak berhenti UiTM) ketika ibu Ira baharu koma… ketika itu saya tidak mampu nak biaya pengajiannya. “Sekarang dia sudah mendapat pinjaman PTPTN,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Tengah, Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Berita kemiskinan keluarga itu serta isteri Roslan, Siti Aminah Yusuf, 47, yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan pada September lalu, menjadi viral di media sosial.

Berdasarkan berita yang tersebar di media sosial itu, Era Nabila tidak mahu meneruskan pengajian di UiTM kerana tidak mendapat pinjaman, selain mahu menjaga ibunya yang sakit.

Roslan yang mencari rezeki dengan mencari barangan terpakai untuk menyara keluarga, berharap supaya berita yang menjadi viral itu dihentikan bagi mengelak pengajian Era Nabila terganggu.

Pada 23 September lalu, motosikal dinaiki Roslan dan Siti Aminah dirempuh kereta hingga menyebabkan isterinya mengalami keretakan di kepala dan koma hampir dua minggu.

Pasangan itu mempunyai tiga lagi anak iaitu Rais Zamani, 17; Rais Akhbar Mubi, 15, dan Ira Najwa, 13, semuanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa.

Roslan berkata, sebelum kemalangan itu, isteri bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Katanya, selepas kemalangan itu, isterinya lumpuh dan terpaksa bergantung hidup dengan minum susu khas sebagai makanan hariannya.

“Isteri tidak boleh bangun dan setiap hari saya menyedut kahak menggunakan mesin bagi mengelak dia tersedak.

Susu khas itu berharga kira-kira RM150 setin yang hanya mampu bertahan untuk tiga hari,” katanya.

20161106-viral-berhenti-uitm-bapa-nafi

UTAMABERITAVIRAL: BAPA NAFI ANAK NAK BERHENTI BELAJAR DI UITM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium