Viral Kes Culik Pelabuhan Klang: Bapa Nur Amirah Mohon Maaf (video) - pakdin.my

Bapa kepada remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klang Utara, Ahad lalu tampil memohon maaf.

Abdul Majid Landu, juga meminta ruang agar keluarganya tidak diganggu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Ia berikutan selepas remaja itu ditemui dalam sebuah kereta bersama teman lelakinya 7.45 petang semalam.

Dalam perkembangan lain, teman lelaki kepada remaja terbabit dan seorang lagi lelaki berumur 45 tahun yang telah menumpangkan remaja itu di rumahnya ditahan polis.

Kedua-duanya direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan berumur kurang daripada 16 tahun tanpa persetujuan atau keizinan penjaga yang sah.

Manakala remaja perempuan berkenaan telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana masih di bawah umur selain turut disiasat atas kesalahan memberikan maklumat palsu.

UTAMABERITAViral Kes Culik Pelabuhan Klang: Bapa Nur Amirah Mohon Maaf (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium