Wan Azizah kena jawab tuduhan media asing #CerobohSabah - pakdin.my

LahadDatu-Laporan Manila PenglibatanPembangkang

anwar-manila sahkan terlibatSikap membisu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung dakwaan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menggambarkan seolah-olah beliau sudah tidak wujud lagi sebagai pemimpin parti itu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sikap Wan Azizah itu menimbulkan persoalan kerana ia berbeza apabila sesuatu tuduhan dilemparkan terhadap pemimpin UMNO.

“Kalau tuduhan terkena kepada mana-mana pemimpin PKR, mereka akan diam seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekiranya tuduhan dilemparkan itu adalah terhadap UMNO, jari telunjuk mereka yang panjang itu akan tajam menuding kepada kita.

“Kita hendak tahu juga daripada mulut Wan Azizah apa komen beliau mengenai tuduhan media asing terhadap Anwar,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga di Flat Sri Johor, Cheras di sini hari ini.

 

UTAMABERITASABAHWan Azizah kena jawab tuduhan media asing #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium