Wanita Muda, Cantik Jadi Keldai Dadah - pakdin.my

 

Wanita Muda, Cantik Jadi Keldai Dadah

Wanita muda dan cantik kini diperalat jadi keldai dadah.

Mereka kemudian cuba membolosi kawalan pihak berkuasa di Terminal Tambang Murah, Sepang.

Taktik itu bagaimanapun dapat dihidu Pihak Kastam selepas dua wanita ditahan bersama dadah bernilai RM1.6 juta.

Tangkapan pertama dilakukan 30 Disember lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap bagasi milik seorang gadis warga China berusia 19 tahun pihaknya menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat 6.1 kilogram.

Ia ditemui disorok dalam tapak 14 pasang kasut.

Sehari kemudian, seorang lagi wanita warga China ditahan.

Kali ini, syabu di dalam dua gulungan wayar ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

UTAMABERITAWanita Muda, Cantik Jadi Keldai Dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium