Wanita Sindrom Down Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik Dekat Tumpat - pakdin.my

Nazitah dipercayai dikurung lebih 10 tahun.
Nazitah dipercayai dikurung lebih 10 tahun.

TUMPAT: Satu lagi kes kecuaian dan penderaan dilaporkan apabila seorang wanita yang mengalami Sindrom Down ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan.

Wanita yang dipercayai berusia 30-an itu diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Daerah pada Khamis berikutan laporan orang awam.

Dipercayai mangsa dipaksa hidup di bilik kecil di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu di Kampung Pasir Pekan Hulu .

Mangsa dikenali sebagai Nazitah diselamatkan dalam keadaan terbiar dipenuhi dengan najis dan air kencing selepas pihak berkuasa terpaksa memotong jeriji pintu masuk sebelum menjumpai bilik yang terselindung itu.

Ketua Polis Daerah Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, polis sedang mencari lelaki yang dipercayai abang mangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas jiran memaklumkan kepada polis dan jabatan kebajikan pada pukul 3.30 petang.

“Apabila polis dan pegawai jabatan tiba di rumah itu, kami mendapati wanita itu dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak bermaya.

“Keadaan bilik tersebut gelap dan hasil siasatan mendapati mangsa bertahan untuk hidup dengan meminum air daripada sumber luaran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

“Siasatan kami juga menunjukkan bahawa saudara mangsa tinggal berhampiran,” kata Supt Zaharudin.

“Kami cuba untuk mengesan saudara mangsa untuk mengetahui mengapa wanita itu dikurung.

“Menurut jiran, mangsa dikurung kerana tidak mahu dia berkeliaran.

“Tetapi bilik terlalu kecil dan mangsa telah dibiarkan untuk menyara diri sendiri,” kata beliau sambil menambah bahawa mangsa telah dihantar ke hospital daerah untuk rawatan.

Seorang penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata dia sedih melihat wanita itu dikurung seperti itu dan percaya bahawa mangsa telah dikunci untuk kebaikan sendiri.

Kes Nazitah ini ditemui seminggu selepas seorang remaja orang kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah ditemui dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah yang kotor.

UTAMABERITAWanita Sindrom Down Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik Dekat Tumpat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium