Wanita Umno Kalabakan Perlu Buat Pemilihan Semula – Ghapur - pakdin.my

pemilihan-umno

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan, Sabah, perlu mengadakan pemilihan semula bagi memilih jawatankuasa baharu sayap itu ekoran perletakan jawatan 14 daripada 15 anggotanya yang menang pada pemilihan Sabtu lalu.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Khamis bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Perwakilan Khas Wanita Umno Bahagian itu untuk diadakan pemilihan semula ahli jawatankuasanya.

“Mengikut Fasal 12.11 Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Jawatankuasa Umno Bahagian boleh mengadakan mesyuarat perwakilan khas jika dua pertiga atau lebih ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita bertindak meletakkan jawatan mereka,” katanya pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai tindakan 14 daripada 15 ahli jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.

Menurut sumber, perletakan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan itu dibuat sebagai tanda protes ekoran kekalahan bekas Ketua wanita Umno Bahagian tersebut, Datuk Hamisa Samat.

Difahamkan kesemua 14 mereka yang meletakkan jawatan itu merupakan ‘orang kuat’ Hamisa.

Kumpulan berkenaan mendakwa keputusan itu dibuat kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.

Pada pemilihan sayap itu Sabtu lepas, Hamisa tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita Bahagian Kalabakan.

UTAMAPOLITIKWanita Umno Kalabakan Perlu Buat Pemilihan Semula - Ghapur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium