Wanita warga Indonesia didakwa bunuh rakan serumah - pakdin.my

TUKANG cuci warga Indonesia, Ita Puspanita,28, dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini untuk didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya Mei lalu
TUKANG cuci warga Indonesia, Ita Puspanita,28, dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini untuk didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya Mei lalu

Seorang wanita warga Indonesia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita rakan senegara dalam kejadian di Tanjong Tokong di sini pada Mei lalu.

Tertuduh, Ita Puspalia, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown, Ibrahim Othman yang kemudiannya menetapkan 24 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya, Charanjit Singh berkata, pihaknya meminta mahkamah tidak menawarkan jaminan sehingga kes terbabit selesai memandangkan tertuduh juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ekoran visanya telah tamat tempoh.

Katanya, pihak pendakwaan turut meminta tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan bedah siasat terhadap mangsa.

Tertuduh yang diwakili peguam, R. Sankra Krishna didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan.

Mayat seorang wanita yang telah mereput dan disumbat ke dalam kotak dijumpai di tepi Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah
Mayat seorang wanita yang telah mereput dan disumbat ke dalam kotak dijumpai di tepi Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah
UTAMABERITAWanita warga Indonesia didakwa bunuh rakan serumah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium